Jumaat, 4 November 2011

Dialog dua wanita ( yang Buka Aurat vs Tutup Aurat ):

BA: Aku tetap nak buka aurat!
TA: Aku tetap nak tutup.

BA: Orang suka aku buka. Cantik katanya.
TA: Ada orang kata tak cantik tutup?

BA: Buka ni fesyen.
TA: Tutup still boleh berfesyen.

BA: Bila buka, ramai terpikat. Jodoh senang.
TA: Tutup lebih ramai terpikat. Jodoh senang dapat yang soleh.

BA: Ketinggalan zaman tutup-tutup ni.
TA: Arahan al-Quran tak lapuk dek zaman.

BA: Dah rasa baik sangat la tu tutup aurat tu.
TA: Ada aku kata kau tak baik? Atau kau sendiri yang tiba-tiba rasa diri tak baik?

BA: Tutup pun kena fitnah juga. Mulut macam harem fitnah orang juga yang tutup aurat ni.
TA: Jika yg buka kena 1 juta fitnah, tutup kena 10 fitnah. Mana ko nak? Jgn salahkan majoriti bila minoriti yang mulut macam tu.

BA: Apasal nak tutup lak? Keindahan ni Allah bagi.
TA: Lebih indah di pandangan suami halal.

BA: Tak sedia lah nak tutup.
TA: Tak mengapa. Kain kapan sedia menutupi bila-bila masa. Sedia atau tidak sedia.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama